48 pasukan sertai Pertandingan Dart Karnival Belia DUN Lingga

SIMANGGANG: Sebanyak 48 pasukan telah berentap menyertai Pertandingan Dart Double sempena penganjuran Karnival Belia DUN N.28 Lingga di Dewan Anjung Merpati bermula Jumaat lalu.

Menurut jurucakap penganjur, pertandingan ini telah melibatkan penyertaan daripada Lingga, Pantu, Sri Aman, Saratok, Sarikei serta Kuching.

“Pertandingan Dart Double yang dianjurkan ini telah mendapat penyertaan yang memberangsangkan apabila sejumlah 48 pasukan menyertainya.

“Pertandingan ini dianjurkan adalah bersempena penganjuran Karnival Belia DUN N.28 Lingga bermula 15 hingga 17 November,” katanya.

Dalam pada itu, Pertandingan Dart Double sempena penganjuran Karnival Belia DUN N.28 Lingga menyediakan hadiah lumayan kepada pemenang.

“Juara akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM1,200 berserta piala dan pingat, naib juara RM600 berserta piala dan pingat, manakala tempat ketiga bersama, hadiah wang tunai masing-masingnya berjumlah RM400 berserta piala dan pingat.

“Bagi hadiah ditempat kelima hingga kelapan pula, pasukan akan menerima hadiah wang tunai RM100 pingat, manakala tempat kesembilan hingga ke-16 pula hanya akan mendapat pingat,” katanya.

Dalam pada itu, pasukan yang berjaya mendapat mata tertinggi (highest score) iaitu 180 mata akan menerima hadiah wang tunai RM100, dan pasukan yang berjaya mendapat (highest checkout) melebihi 110 akan menerima hadiah wang tunai RM100.

Tambahnya, adalah menjadi harapan dan sandaran penganjuran pada kali ini mendapat sambutan dan sokongan dan orang ramai dijemput untuk hadir menyaksikan Pertandingan Dart Double sempena penganjuran Karnival Belia DUN N.28 Lingga di Dewan Anjung Merpati bermula hari ini.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor dijangka akan merasmikan Pertandingan Dart Double sempena penganjuran Karnival Belia DUN N.28 Lingga, petang ini (Ahad).

Back To Top