Pasukan manakah bergelar ‘Raja Libas Simanggang’?

SIMANGGANG: Pemburuan Raja Libas Simanggang 2024 Edisi 3 telah bermula pada petang semalam (Jumaat) di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Sri Aman.

Sebanyak 25 buah regu terbuka dan sembilan regu veteran telah turun mempamerkan aksi mereka dalam misi memburu kejuaraan.

Ia dilangsungkan selama tiga hari melibatkan 61 perlawanan bagi kedua-dua kategori yang dipertandingkan.

Pada hari pertama (Jumaat), sebanyak 12 perlawanan telah berlangsung, sementara pada hari kedua (Sabtu) pula dilangsungkan sebanyak 35 perlawanan.

Manakala pada hari terakhir pula, sebanyak 13 perlawanan akan berlangsung bermula pada jam 8 pagi.

Perlawanan akhir bagi kedua-dua kategori dijangka akan dilangsungkan pada hari Ahad, jam 2 petang.

Terdahulu, Presiden Persatuan Sepak Takraw Bahagian Sri Aman, Awangku Hafizi Awang Azahari telah melakukan sepak mula Kejohanan Sepak Takraw Raja Libas Simanggang 2024 Edisi 3, petang tadi.

Kejohanan Sepak Takraw Raja Libas Simanggang 2024 Edisi 3 ini menawarkan hadiah wang tunai RM1,000, naib juara RM700 dan ketiga bersama pula masing-masing mendapat RM300 bagi kategori regu terbuka.

Bagi kategori Veteran Regu pula, hadiah wang tunai berjumlah RM800 bagi pasukan juara, RM500 untuk pasukan naib juara dan RM200 bagi pasukan ketiga bersama.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor dijangka hadir pada perlawanan akhir sekaligus menyampaikan hadiah kepada semua pemenang.

Back To Top