SKUAD pilihan, Aqib X Kampung Boy muncul juara pertama Pertandingan Bola Sepak bersempena Karnival DUN N.28 Lingga 2024 selepas menumpaskan DLS FC 1-0 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Kompleks Sukan Sri Aman petang tadi.

NAIB JUARA…DLS FC
Dengan kejayaan tersebut, Aqib X Kampung Boy membawa pulang hadiah wang tunai RM2,500, piala beserta medal. DLS FC yang muncul sebagai naib juara menerima hadiah wang tunai berjumlah RM1,500 termasuk piala dan medal.
Pasukan Battosai X Fuhai dan Datus United berada ditempat ketiga bersama dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM500.
Kesemua hadiah telah disampaikan oleh ADUN N.28 Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor.
Pertandingan Bola Sepak bersempena Karnival DUN N.28 Lingga 2024 yang telah bermula Jumaat lalu telah disertai sebanyak lapan pasukan. – ARENA SARAWAK